Tuesday, November 23, 2010

Rasa bersalah

Semalam baru lepas cakap dengan mak.
Terlepas cakap dengan dia yang nak beli kamera.
Hadiah untuk diri sendiri untuk graduation.
Pastu mak tanya berapa? Cakap la 600++ duit sini,
Gaya mak cakap macam nak belikan
tapi bila terfikir balik rasa bersalah pulak cakap kat mak.
Sebab selama ni, apa yang aku nak, mak dan abah akan cuba penuhi.
Dan setiap kali aku habiskan peperiksaan besar, mak dan abah akan kongsi duit belikan sesuatu.
Xcaya?
Jom kita senaraikan.
Masa lepas PMR, aku dapat telefon bimbit pertama aku- masa tu sangat bangga sebab dpt telefon yang skrin warna.Orang lain pakai yang nokia 3310 lagi.
Lepas SPM, mak dan abah belikan laptop untuk bawak masuk INTEC
Lepas SABSA dan sebelum datang sini, mak dan abah belikan kamera. Masa tu merengek jugak nak kamera yang rm1000++ sebab masa tu kan femes digital camera yang nipis tu.

Tu xtermasuk benda2 lain yang aku malas nk senaraikan semua.
Banyak mak dan abah bergolok gadai kerana aku.
Aku tahu mereka banyak berkorban duit,masa n tenaga semata-mata untuk kami 3 beradik.
Aku sangat bersyukur dan bangga dapat mak dan abah seperti mereka.

Jadi, sebelum mak aku gi cari duit nak belikan aku kamera yang aku impi-impikan selama ni,
baiklah aku cakap aku dah ada duit.
Sekurangnya boleh mak aku guna duit tu untuk adik2 aku yang 2orang lagi.

Memandangkan kami bukanlah orang kaya.
Dan tidak juga miskin.
Alhamdulillah, Allah kurniakan rezeki seadanya kepada keluarga kami.
Terima kasih mak.
Terima kasih abah.
Sayang mak dan abah=)

Cik Tikah UQ

No comments:

Post a Comment