Friday, June 4, 2010

Bodek?

Orang cakap saya kaki bodek
Betul ke?
Saya rasa saya tidak lah suka bodek sesiapa.
Lagipun saya tidak mempunyai kelebihan seperti kawan saya yang bermulut manis seperti mempunyai 3 kg gula di bibir.
Tambahan pula, saya tidak pandai bermain dengan ayat-ayat indah.
Bahasa saya banyak rojak. Orang cakap bahasa saya seperti mamak. Asyik terbalikkan ayat.
Contoh: Mak saya punya kawan nak makan
Sepatutnya: Kawan mak saya mahu makan.
Memang terbukti yang saya tidak pandai berkata-kata kerana ayat pon dah tunggang langgang apatah pula hendak bermulut manis dan mengampu orang lain.
Jadi kesimpulannya saya bukan kaki bodek ye kawan-kawan.

Cik Tikah UQ

p/s tapi tadi dapat korek dalam 10 jawapan daripada pensyarah apabila mendekati dia secara sorang sorang(one-one). dan saya sukakannya=)
mungkin akan korek lagi 10 jawapan seterusnya minggu depan:P
diharap Encik pensyarah tidak menyampah dengan saya=)

No comments:

Post a Comment