Tadi petang mulanya nak online.
Tapi bila mak ajak gi memancing kt Parit besar belakang rumah tu, terus Off semula laptop
lari keluar.
Nak mancing punya pasal..Excited hoccay...
Tahu x, aku dpt 4 ekor ikan? Terer x?
Hehehe..masuk bakul angkat sendiri jap...
Ikan tu kecik2 je...ikan puyu,
Kalau korang xtahu ikan tu mcm mana, dia ala2 ikan sepat yang orang buat pekasam tu.
Mak aku ajak aku memancing sebab dia nak letak ikan tu dalam tempat simpan air kt luar rumah supaya xde jentik2.
Tempat simpan air tu bukannya simpan air dari paip tapi air hujan dan digunakan untuk siram pokok2.
Jadi, diharap agar ikan-ikan tu dapatlah makan jejentik tu.
Supaya nnti xde la kena saman dengan Jabatan Kesihatan sbb jadi penternak nyamuk aedes.
Mintak simpanglah.
Oklah, tu je la kot aktiviti hari ni.
Nanti next entry aku upload gmbr hari2 terakhir di Brisbane.
Khas untuk tatapan korang yang baca blog aku.
Cik Tikah Ex UQ
Set to private
2 years ago
No comments:
Post a Comment