Banyak benda nak tulis sebenarnya
tapi satu2 lah dulu.
Kita tulis pasal yang GEMBIRA dulu ye.
1. Semalam dapat bantal bersaiz lebey daripada 5R dengan resolusi yang xberapa diketahui..hehehe..Warna merah jambu gituh..Curlasttt gitu(ayat Syifa)...Bantal ni agak besar la macam bantal yang orang letak untuk baring2 depan tv. Macam tu la..Malas nak tangkap gambar. Leceh nak transfer pastu kena on bluetooth n blablablabla...Kalau korang xboley bayangkan, naseb lah Labu. Petang sebelumnya tu dah merungut dalam hati, duduk susah, baring pon susah(disebabkan demam n selsema..jadi semua serba serbi xkena)....tapi setelah dapat bantal baru ni, asyik terbaring je depan laptop sebab NYAMAN banget. hehehe
2. Semenjak sakit 2-3 hari ni, selera pulak tukar selera mat saleh(sila muntah hoccaay..). Xnak makan nasi gitu. Asyik2 meratah lauk ayam je ataupun makan roti bakar(ye la, makan apa pon xrasa, jadi xguna la makan nasi bersama lauk pauk yang semestinya berminyak-minyak setebal 1 inchi..kalo sihat aku bedal je)...Jadi berkat kelantangan aku untuk memperjuangkan hak sebagai orang sakit, aku berjaya membodek Encik Anuar untuk keluarkan RM50 untuk beli KFC. Akhirnya, aku dan adikku dah bertukar jadi hantu KFC semalam memandangkan kami makan KFC sampai lebam, xhengat punya makan. Sampai kena perli dengan mak. Dia cakap, "Ni sakit2 pon makan 3 ketul ayam, ntahle kalau sihat berapa ketul dia bedal"...Wakakaka...Sentap iolsss tau...Tapi apapun terima kaseh lah kepada Encik Anuar yang sudi menghulurkan duit meringankan beban anaknya ni yang mengidam makan KFC.
3. Minggu depan nak pergi berjimba ke Perak. Yeeeeeeeehaaaa..... Orang Perak, tunggu teman yer......
Setakat tu je la kot perkara GEMBIRA yang berlaku.
Masuk perkara SEDIH / DILEMA dan sewaktu dengannya pulak.
1. Kesedihan pertama xberkaitan dengan aku. Tapi berkaitan dengan seorang mamat ni. Semalam bila aku sakit, aku habiskan masa baca blog orang. Kiranya lompat daripada satu blog ke blog yang lain. Alih- alih terjumpa blog sorang mamat ni. Dia ceritakan kehidupan dia macam mana dia kena kurung dekat satu Depo Tahanan di US sebab overstay kat US dan gunakan ID palsu. Sebenarnya aku xbeberapa pasti kenapa dia boleh stranded kat US tu, menurut akhak blogger yang aku baca, mamat ni kiranya g US nak sambung belajar. Tapi alih2 kena tipu. Bila xde duit nak balik, bermulalah kisah hidup dia sebagai Bangla dia bumi US...Jangan salah faham sebab dia sendiri gelarkan diri dia Bangla padahal dia sendiri rakyat Malaysia..Kehidupan dia di US sebagai illegal citizen aku xdapat baca, mungkin sebab dia freezekan blog dia sebelum ni. Atau mungkin dia nak bukukan catatan dia selama berasa di sana. Terpulanglah kat dia. Tapi memang insaf la sekejap bila baca macam mana hidup dia hari2 dalam tahanan. Bersyukur kerana aku hidup di bebas jauh daripada depo tahanan mahupun penjara. Kalau korang nak usha blog mamat tu, ni link dia:
Abg Joe a.k.a Joe Bangla
Kalau nak ikut tweeter dia pun boleh. Cari je nama A changed man. Tu lah dia.
p/s Aku ni macam promote2 pulak kat dia. Tapi aku rasa kisah dia kita boleh amik tauldan. Ignore je part yang kurang sesuai untuk underage dalam blog dia tu.
2..Perkara seterusnya ialah Aku sebenarnya dalam dilema yang sangat kompleks. Seperti mana korang tahu, aku ni belajar masa buat ijazah dulu guna duit JPA a.k.a duit rakyat. Sebab tu lah aku ngaji dulu percuma. Xyah bayar balik jadi xyah pening2 nak bayar duit PTPTN. Tapi, ku sangkakan panas sampai ke petang tapi rupanya hujan di tengah hari. Ada pulak benda lain timbul bila isu bayar balik pinjaman ni aku xyah pikir.Ianya adalah isu untuk bekerja dengan pihak JPA dan semestinya dengan gomen senang cerita. Aku sebenarnya memang nak kerja kerajaan tapi.......Ok, cerita dia macam ni.
Masa bulan 7/2010 yang lalu, pihak SPA(kiranya mereka ni yang terlibat dengan bahagian ambilan kakitangan kerajaan la) datang buat temuduga untuk pelajar akhir tahun di Australia. Dan semua negeri di Australia mereka hantar wakil untuk jalankan temuduga. Jadi, aku salah seorang yang telah ditemuduga. Kandungan temuduga adalah rahsia tapi agak lama lah jugak aku duk bersoal jawab dan mendengar daripada 2 orang panel yang temuduga aku. Lepas 3 bulan daripada tu, masih xdapat jawapan cakap lulus ke x temuduga tu, jadi aku pon beranggapan bahawa aku ni GAGAL la temuduga tu. So hooraayyy, lepas ni bley mintak keje dengan CBRE(eksyen kekdahnya...hehehe).
Namun, apakan daya, pucuk dicita ulam TAK mendatang. Seminggu sebelum aku balik dan selepas aku konvo, aku dapat email daripada pihak SPA cakap aku LULUS interview tu. Selepas 4 bulan? Tapi xkesahlah sebab masa tu memang aku dah habis officially. Dan aku pun ok nak kerja dengan kerajaan. Berbakti kepada yg memberi , jadi xmacam kacang lupakan kulit gitu...
Jadi bila balik perkara pertama ialah hantar semua borang2 yang pihak SPA nak untuk ditawarkan kerja.
Tapi masalahnya, kena tunggu sampai KOSONG baru la aku ni diberi kerja. Lu olang ada paham ka? Kosong...Maksudnya pertama ialah bila ada kekosongan dia akan panggil . Dan temuduga yang aku lulus tu hanya valid selama setahun iaitu sampai Julai 2011 dan lepas tu kalau nak mhon keje gomen, kena interview balik n yadadada semualah proses dia. Jadi sekarang ni aku sedang lepak rumah menunggu kalau2 ada kerusi akan DIKOSONGKAN untuk jawatan yang aku mintak. Akan tetapi..ada tapinya...persoalannya, SAMPAI BILA?Feb?Mac? or xde smpai bila2?
Memang la sementara waktu dibenarkan bekerja dengan orang lain, tapi..ada tapi lagi....kalau andai kata pihak JPA panggil untuk kerja dengan mereka dalam jangka masa setahun ni, aku kena tinggalkan kerja yang ada dan berlari kepada mereka. Itu lah lagi masalah besar terutamanya aku ni bakal bekerja dengan mereka-mereka yang latih aku selama setahun sebelum diserapkan seara kekal. Dan semestinya mereka nak pekerja yang dapat commit for Long Term. Bankrup la company kalau latih pekerja tiba2 lari pergi kerja tempat lain.
Jadi sekarang ni aku rasa macam serba salah. Dilema. Semua ada la.Duduk rumah mengharapkan duit mak bapak untuk bagi makan. Dah le duk rumah free, bil semua free. Tapi SAMPAI BILA? Aku berdoa agar kekusutan ni dapat diselesaikan xlama lagi.
Andai kata aku xdengar apa2 tawaran daripada SPA sebelum bulan Februari ni, aku akan proceed dengan tawaran daripada private. Nak buat cemana. Life must go on kan? Xkan nak hidup bergantung orang 24 jam. Hello..I'm already 23 wannabe, malu la kalau asyik mintak duit mak bapak. Badan sihat walafiat, xkan xboleh cari duit sendiri? Itu apa aku cakap pada diri aku kalau aku down dan aku rasa inferior dan bila aku punya self confidence turun..Lepas marah diri sendiri terus terasa yakin boleh..Hehehehe...
Kalau sapa2 ada cadangan macam mana nak selesaikan dilema ni,
boleh x kongsi?
Terima kasih.
Cik Tikah Ex- UQ