Salam
rasanya blog ni dah jadi seperti blog berkisarkan tentang hidup pelajar universiti yang selalu merungut.
Tapi apa pun, layan..........
Hari ni St Lucia hujan..Hujan dah 3 hari berturut-turut sampai ada sesetengah kawasan yang dinaiki air.
Alhamdulillah kawasan rumah saya agak tinggi dan masih mampu menapis air hujan yang turun mencurah dengan banyaknya.
Walaupun agak lebat, tetapi saya masih mampu lagi menapak ke sekolah.
Hujan bukan alasan untuk saya tidak hadir ke sekolah.
Hanya saya dan Zak sahaja anggota kumpulan F yang hadir hari ini.
Yang lain2 "tenggelam" di rumah. Mungkin?Hahahaha
Esok adalah hari yang agak sibuk.
Saya ada perjumpaan dengan Peter untuk membincangkan tentang projek "Honours" jika saya mahu menyambungnya tahun hadapan.
Selepas itu saya ada perjumpaan dengan Dr Nani, untuk mendapatkan respon tentang kerja-kerja saya siapkan untuk subjeknya.
Pada sebelah malamnya, saya mempunyai pembentangan berkumpulan. Saya masih tidak tahu jika saya adalah salah seorang pembentangnya tapi apapun saya sentiasa bersedia untuk bercakap.
Cukuplah untuk hari ini.
Cik Tikah UQ
Set to private
2 years ago
nak ikut jumpa peterr...
ReplyDelete