Sunday, October 31, 2010

Cerita Dalam Kelambu

Ok,
hari ni nak kngsi pengalaman tentang sifat berani.
Aku akui,pengalaman belajar di sini banyak sangat membuka mataku tentang cara melihat dunia dengan lebih positif.
Jika ada segelas air yang diisi setengah air,
aku kini melihatnya setengah gelas penuh daripada setengah gelas kosong.
Aku kini lebih matang dan berani dalam mengorak langkah melalui liku-liku hidup.
Jika sebelum ini aku hanya seorang yang pesimis, aku kini seorang yang optimistik.
Aku pernah takut, takut untuk keluar daripada "comfort zone" yang telah lama aku bina daripada kecil.
Takut berenggang daripada keluarga.
Takut akan cabaran yang akan aku tempuh bila berseorangan.
Alhamdulillah, kehidupan sebagai anak rantau selama 3 tahun di bumi Brisbane banyak mengubahku.
Aku lebih berdikari. Berdikari dalam setiap perbuatanku dan lebih berani untuk bertanggungjawab untuk setiap perbuatanku. Mampu untuk mengatakan "NO" jika aku tidak bersetuju dengan apa yang berlaku. Mampu menyatakan apa yang aku rasa. Mampu juga untuk berani "travel" bersendirian.
Aku  mampu berdikari untuk pulang sendiri ke kampung dari Brisbane ke Perlis tanpa memerlukan teman untuk aku bergantung. Sebelum ini, semua kena berteman. Ke bilik air di waktu malam pun, aku meminta arwah nenek aku temankan pada suatu masa dulu.
Dulu lain. Sekarang lagilah lain.
Di sini, semuanya DIY(do it yourself). Aku belajar untuk memasang kipas sendiri sebaik sahaja tiba di Brisbane pada tahun 2007. Aku juga memasang sendiri basikal yang ku beli di sini.
Malah aku juga belajar untuk mengenal periuk belanga, pisau, nama sayur,nama ikan dan sebagainya semata-mata untuk memenuhkan perut. Tiada ibu di sini untuk menyediakan lauk pauk yang sedap setiap kali pulang daripada kelas.
Semuanya sendiri.
Malas = lapar.
Mahu tidak mahu kenalah masak. Sedap atau tidak, itu perkara kedua.
Alhamdulillah, sampai hari ni sihat tubuh badan hasil daripada makan masakan sendiri=)
Ada juga dugaan yang hebat masa berada di bumi kangaroo ini.
Dugaan kehilangan 2 orang tersayang semasa berada di sini.
Arwah Tok dan Wan(Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang beriman..Aminn)..
Benar, tidak semuanya manis!
Ada juga pahit yang harus ku telan.
Tapi aku redha. InsyaAllah, aku hampir berjaya menerima hakikat yang aku telah kehilangan orang yang banyak memberikan impak dalam mencorakkan kehidupanku sampailah sekarang.
Semoga aku terus kuat.
Dan
Sering kali orang bertanya,
mak bapak xhantar duit ke tiap2 bulan?
Bagiku, aku sedaya upaya untuk tidak meminta daripada mereka.
Dan Alhamdulillah, setakat ini aku mampu meneruskan hidup di sini berbekalkan elaun bulanan yang diberikan oleh pihak penaja.
Biarlah ibu bapaku menyimpan untuk kemudahan hari tua mereka ataupun untuk kegunaan adik adik ku yang 2 orang lagi.
InsyaAllah, aku doakan supaya adikku yang bongsu juga mendapat "scholarship" tahun hadapan.
Semoga dia beroleh kejayaan yang cemerlang dalam SPM.Amin.
Jika dia dapat scholar, ringanlah bebanan tanggungan ibu dan bapaku.
Alhamdulillah, mereka tidak perlu membayar yuran pengajianku bermula aku berumur 18 sampailah sekarang kerana semuanya ditaja. Dan diharap adikku juga akan mengikut jejak langkahku.
Aku belajar untuk tidak menyusahkan ibu bapaku.
Tanggungjawabku di sini berat. Bukan setakat sebagai seorang pelajar.
Tapi sebagai seorang hamba Allah yang berjuang di medan ilmu dan juga masih belajar untuk memperbaiki dirinya sendiri. Sesungguhnya rasa bersyukur menjadi dan dilahirkan sebagai seorang Muslim apabila dibandingkan dengan orang-orang di sini.
Sebagai seorang anak yang perlu merealisasikan harapan ibu bapanya, membalas segala jasa mereka.
Sebagai seorang kakak yang perlu menunjukkan contoh yang baik untuk adik adiknya.
Sebagai seorang duta kecil Malaysia di negara Kangaroo ini.

Kesimpulannya,
kehidupan selama 3 tahun di sini banyak mengubah diriku.
InsyaAllah, semoga perubahan ini menjadi titik tolak kepada fasa hidup baru yang bakal ditempuhi bermula tahun hadapan=)

Cik Tikah UQ

2 comments: