Monday, July 5, 2010

Hari bersama kawan-kawan dari Canberra

Salam semua,
setelah sekian lama saya tidak menulis,
entri kali ini akan berkisarkan tentang lawatan budak-budak dari Canberra ke Brisbane.
Mereka terdiri daripada Idah,Sarah and Watis.
Mula-mula, saya dan Kak Siti pergi jemput Idah dan Sarah di Gold Coast.
Kemudian kami ke Harbour Town.
Ada la jugak beberapa benda yang dibeli di situ.
Kemudian kami pulang semula ke Brisbane dan pada sebelah malamnya, kami mengambil Watis yang baru tiba dari Melbourne di Lapangan Terbang Antarabangsa Brisbane.
Kemudian kami balik ke rumah dan tidur.
Keesokkan harinya saya membawa mereka berjalan ke City.
Setiba di City, kami berhenti seketika di Jalan Adelaide untuk melihat perarakan berkaitan dengan tentera tentera yang ada di sini. Kami juga sempat mengambil gambar dengan seorang pak cik askar yang memakai pakaian lain daripada yang lain.  Seterusnya kami bergerak ke Muzium di Jalan Ann.
Kebetulan, pada masa itu muzium itu sedang menayangkan koleksi mengenai gay,lesbian dan homoseksual. Jadi sangat menarik apabila mengetahui bahawa gay dan lesbian telah lama wujud sejak tahun 1840 lagi. Sungguh menggelikan ye semua...
Seterusnya, kami bergerak membeli Sushi untuk dibawa bekal ke Gunung Coo-tha. Perjalanan menaiki bas mengambil masa 30 minit. Setiba di Gunung Coo-tha, kami terus mengambil gambar dan menikmati pemandangan Brisbane dari atas bukit. Kemudian, perut masing-masing lapar dan kami mula makan sushi yang baru dibeli.
Setelah selesai makan, kami mengambil keputusan untuk "bushwalking". Jalan hutan yang agak curam dibantu dengan seluar jeans dan handbag tidaklah sepadan. Gaya kami untuk masuk ke hutan seperti mahu membeli belah. Tetapi disebabkan niat murni kami untuk berjalan, kami teruskan juga. Namun, kami tidak sampai ke "look out point" yang sepatutnya. Akhirnya, kami sampai juga di jalan besar yang berdekatan dengan kawasan perumahan. Kami teruskan lagi berjalan selama 1 jam naik turun bukit untuk sampai ke jalan besar di Taringa sebelum masing masing kepenatan dan hampir hampir patah pinggang dan kaki. Sejurus tiba di Taringa, kami mengambil keputusan ke City semula untuk makan. Kami terus menuju ke kedai menjual nasi beriani untuk makan kerana tersangat lapar. Sejurus selepas makan, kami bergegas pulang tetapi sempat lagi kami singgah di Kedai Buaya untuk melihat koleksi kasut dan selipar yang terbaru. Namun, kami hanya mengambil belon percuma di kedai itu kerana kasut yang dijual tidak menarik perhatian kami. Sebelum menaiki bas pulang, Idah dan Sarah sempat mengambil Go Card percuma tetapi nasib Watis tidak baik kerana orang yang mengedarkan Go Card itu menafikan hak Watis untuk mendapatkannya percuma. Mungkin Watis tidak senyum manis atau main mata dengannya:P
Dan sepatutnya, pada malam itu kami keluar semula tetapi disebabkan terlalu mengantuk,
pemandu pelancong tertidur daripada pukul 7 malam sehingga 5 pagi.
Kesian Sarah dan Watis kerana menuggu.
Baiklah,
sekian saja kerana saya malas nak update pasal apa yang berlaku hari kedua.
Sila lihat di bawah untuk apa yang berlaku pada hari kedua.
Rumah-UQ-South Bank-Goma-QUT-Botanical Garden-Naik Kucing Bandar sampai lebam dan sampai kena "sound" dengan pak cik Kucing Bandar sebab ambil gambar pakai "flash" di hadapan "deck"

Sekian.
Cik Tikah UQ

4 comments:

  1. xde la sakan
    jalan tmpmt sndri ja
    xgi mana pon cuti

    ReplyDelete
  2. babe, thanx for everything...
    cengkodok ko sedap..
    insyaAllah nnti aku free aku dtg lgik..

    =)

    ReplyDelete